Kejadian Tanah Runtuh di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Kuala Lumpur.

Kejadian Tanah Runtuh di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Kuala Lumpur.
Pihak JMG yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG telah bergegas ke lokasi tanah runtuh di hadapan bangunan Akademi SPRM di Persiaran Tunku Syed Sirajuddin, KL pada petang ini dan telah memulakan siasatan awal tapak runtuhan.
Pemeriksaan tapak runtuhan menunjukkan bahawa kawasan runtuhan merupakan tanah tambakan dengan anggaran keluasan runtuhan 37x50 bersamaan 1850 meter persegi. Ukur lilit runtuhan 172 meter dan anggaran awal isi padu runtuhan 18,500 meterpadu.
Pemerhatian tapak menunjukkan bahawa masih ada pergerakan tanah disebabkan oleh hujan yang berterusan. Pemeriksaan tapak menunjukkan kesan-kesan pergerakan tanah lampau berlaku melalui kesan rekahan jalan berhampiran tapak runtuhan.
JMG bersama pihak Bomba telah membuat penandaan zon bahaya dan zon kawalan bagi tujuan pemantauan agensi tindak balas di lapangan.
JMG telah mula menjalankan siasatan awal bagi mengenalpasti punca kejadian dan mencadangkan langkah kawalan dan mitigasi segera bagi mengurangkan risiko runtuhan tanah susulan berlaku dikoordinasi oleh JMG dan JKR Cerun.
JMG akan menggerakkan pasukan geoforensik bagi menjalankan siasatan di lapangan bersama agensi-agensi teknikal yg lain.

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my