Misi Bantuan Bencana Banjir PPM

Misi Bantuan Bencana Banjir PPM

14 Januari 2015 - Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) yang diwakili oleh empat (4) orang ahli KSK telah menyalurkan bantuan bencana banjir di daerah Tumpat, Kelantan. Kawasan tersebut turut mengalami kerosakan yang teruk. Bantuan yang disalurkan merupakan lima puluh dua (52) bungkusan barangan keperluan, wang sagu hati dan pakaian untuk lima puluh dua (52) keluarga. Bungkusan barangan keperluan adalah mengandungi beras, teh, gula, garam halus, biskut, tepung, minyak masak, air mineral, sardin dan lampin pakai buang. Kesemua bantuan tersebut adalah hasil dari sumbangan ahli-ahli KSKPPM, JMG.

Disamping itu bantuan bencana banjir turut disalurkan kepada seorang ahli KSKPPM, JMG iaitu En Azli bin Othman yang tinggal di Kg Pulai Gajah Perak. Bantuan telah diserahkan kepada beliau pada 20/1/2015.

Jawatankuasa Bantuan Banjir PPM-JMG juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Pengarah PPM iaitu Tn Hj Shahar Effendi bin Abdullah Azizi yang memberi sokongan padu di atas misi bantuan bencana banjir dengan memberi kebenaran wakil ahli KSKPPM, JMG ke Tumpat, Kelantan dan ke Kg Pulai Gajah, Perak. Pihak Jawatankuasa juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli Kelab (KSKPPM, JMG) yang telah memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut.

Written by : ezulia