Bubur Lambuk BPT 1435H

20140703 081747

Amalan gotong-royong dalam aktiviti kebaikan memang diperlukan dalam menjayakan sesuatu pekerjaan. Tambahan pula kita di bulan ramadhan yang berkat ini. Seperti kelaziman, Jawatankuasa Surau BPT telah mengadakan aktiviti memasak dan mengagih bubur lambuk dan pelbagai bubur jenis lain di bulan Ramadhan ini telah berjalan seperti biasa. Dengan pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan, tenaga kepakaran dan kewangan, majlis gotong-royong ini telah berjaya dengan jayanya.

Pelbagai jenis bubur telah dibuat dan diagihkan kepada para kakitangan BPT yang berminat untuk merasai kelazatan bubur buatan BPT. Dari Bubur Lambuk gred A+ ke Bubur Kacang durian, Bubur Kacang Jagung dan macam-macam lagi pada tarikh yang mendatang.

20140711 075405

full 1full 2

Written by : mrizal