Lawatan KSU ke Makmal REE JMG Ipoh

Lawatan KSU ke Makmal REE JMG Ipoh

IPOH, 29 April 2024: Hari ini, Makmal REE JMG Ipoh telah menerima tetamu dari Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian, NRES. Lawatan ini adalah kesinambungan dari Mesyuarat JTPK yang berlangsung di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) pada sebelah pagi. Lawatan telah diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, DATUK DR. CHING THOO A/L KIM, TKSU (SA), PUAN NORSHAM BINTI ABDUL LATIP, TKSU (KA), DATUK NOR YAHATI BINTI AWANG, SUB-SUB dan Ketua-ketua Jabatan di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Baca selanjutnya

LAWATAN LEMBAGA PEMBANGUNAN TIMAH KE MAKMAL REE

LAWATAN LEMBAGA PEMBANGUNAN TIMAH KE MAKMAL REE

IPOH, 22 Februari 2024: Cawangan Perkhidmatan Makmal telah menerima kunjungan wakil dari Lembaga Perusahaan Timah. Kunjungan rasmi ini bertujuan untuk melihat kemudahan analisis Unsur Nadir Bumi (REE) di JMG. Penerangan telah disampaikan oleh Puan Tamilarasi Ganasan dan En. Noor Akhmar Kamaruddin.

LAWATAN KE MAKMAL REE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTP)

LAWATAN KE MAKMAL REE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTP)

IPOH, 17 Januari 2024: Cawangan Perkhidmatan Makmal yang diketuai oleh En. Mohd Zahar Ibrahim telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh. Tujuan lawatan adalah untuk melihat kemudahan analisis REE di UTP dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan antara kedua-dua agensi.

Baca selanjutnya

NAIKTARAF MAKMAL BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL

NAIKTARAF MAKMAL BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL

IPOH, 7 Januari 2024: Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal sedang dalam proses naiktaraf. Kerja-kerja naiktaraf telah pun bermula pada awal Oktober 2023 yang lalu. Sehubungan dengan itu kerja-kerja analisis penting seperti pasir silika dan Unsur Nadir Bumi (REE) berjalan seperti biasa.

Baca selanjutnya

Lawatan Delegasi JICA Ke Makmal Analisis REE

Lawatan Delegasi JICA Ke Makmal Analisis REE

IPOH, 13 Disember 2023: Buat pertama kali Makmal Analisis REE telah dikunjungi oleh delegasi dari Japan International Coorporation Agency (JICA). Lawatan ke makmal ini adalah kesinambungan dari lawatan ke Lombong REE Ulu Slim pada sebelah pagi pada hari yang sama.

Baca selanjutnya