Lawatan KSU ke Makmal REE JMG Ipoh

Lawatan KSU ke Makmal REE JMG Ipoh

IPOH, 29 April 2024: Hari ini, Makmal REE JMG Ipoh telah menerima tetamu dari Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian, NRES. Lawatan ini adalah kesinambungan dari Mesyuarat JTPK yang berlangsung di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) pada sebelah pagi. Lawatan telah diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, DATUK DR. CHING THOO A/L KIM, TKSU (SA), PUAN NORSHAM BINTI ABDUL LATIP, TKSU (KA), DATUK NOR YAHATI BINTI AWANG, SUB-SUB dan Ketua-ketua Jabatan di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Baca selanjutnya

Lawatan MB Inc ke Makmal Analisis REE

Lawatan MB Inc ke Makmal Analisis REE

IPOH, 26 Jun 2023: Hari ini Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal menerima satu lagi kunjungan pelawat dari MB Inc Perak ke Makmal Analisis Unsur Nadir Bumi (REE). Lawatan telah diketuai oleh En. Nor Afzanizam Abd. Manan, Ketua Pegawai Operasi MB Inc dan Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah, Prof. Madya Dr. Anas Md. Yusuf.

Lawatan ini telah disambut oleh Pengarah Makmal En. Mohd Fauzi Muhammad Said manakala penerangan telah disampaikan oleh En. Mohd Zahar dan En. Falah Zahri.

 

Pengujian Produk Lombong REE Menggunakan Kit Ujian REE

Pengujian Produk Lombong REE Menggunakan Kit Ujian REE

SEREMBAN, 12 Jun 2023: Berpeluang mengadakan pengujian salah satu produk REE dari lombong REE di Negeri Sembilan dengan menggunakan REE Test Kit, di hadapan seramai 25 Pegawai Geosains dari pelbagai negeri, PTG Negeri Sembilan, Pengarah Ekonomi Mineral, En. Yusari Basiran dan SUB NRECC.

Demonstrasi Kit Ujian REE

Demonstrasi Kit Ujian REE

IPOH, 9 Jun 2023: Satu demonstrasi penggunaan REE Test Kit telah diadakan dihadapan beberapa orang kakitangan makmal untuk memberi kefahaman tentang kaedah untuk menguji atau membezakan antara REE Oksalat dan REE Karbonat. Beberapa siri ujian telah diadakan sebelum ini dan kit ujian ini berjaya membezakan kedua-dua jenis kek REE tersebut.