Amal Jariah Di Surau BPT

Menjelang ramadan tahun 1434H, majlis mengimarahkan surau dan masjid telah dijalankan di Surau BPT dengan niat memeriahkan suasana surau kita. Acara utama yang diadakan adalah gotong royong memasak masakan arab yang kian popular di kalangan orang malaysia masa kini. Di samping itu, turut diadakan program menbersihkan dan mengecat bangunan surau yang kian kusam di makan cuaca khatulistiwa.

Pelbagai warna ceria dicadangkan agar surau ini tampak menarik dan gah di mata kalangan pelawat agar terlintas di hati keinginan bersolat di surau ini. Setelah penat melaksanakan apa yang perlu, para kakitangan yang ringan tulang dan berbudi pekerti dijamu dengan masakan dari negara arab iaitu daging masala kambing dengan nasi brayani ala JMG. Di samping ini, terdapat juga sumbangan dari para kakitangan bagi saling melengkapi apa yang kurang agar masjlis berjalan dengan lancar dan jayanya.