Gotong Royong Perdana Sempena Aidil Adha

Tanggal 9 dan 10 Okt 2013, sempena kedatangan Aidil Adha 1434H, satu majlis gotong royong perdana diadakan di sekitar surau dan kawasan kompleks JMG Ipoh yang merangkumi perkarangan kantin, laluan pejalan kaki, longkang sekitar kompleks, muzium geologi dan makmal kimiabumi.  Aktiviti ini melibatkan kebanyakan kakitangan BPT dari pegawai hingga kakitangan sokongan.

Aktiviti di surau adalah menyempurnakan proses mengecat dan menanam pokok-pokok baru. Disamping itu turut berjalan kelas memasak nasi brayani dan "ayam tanam". Seterusnya majlis kesyukuran kedatangan Adil Adha dan jamuan kepada ahli gotong royong perdana. Saksikan perjalanan majlis tersebut.