Kursus Fotografi

IPOH, 21 Ogos 2013:  Bahagian PerkhidmatanTeknikal dengan kerjasama Unit Pembangunan Sumber Manusia, Ibu pejabat telah mengadakan Kursus Fotografi di Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh. Kursus ini diadakan sebagai melaksanakan cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Dokumentari Dan Dokumentasi Jabatan pada tahun 2012 yang lalu.

Kursus telah disertai oleh 30 peserta dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG Negeri Perak dan Pusat Penyelidikan Mineral.

Kursus satu hari ini merupakan kursus asas kepada peserta yang kebanyakan merupakan pengguna baru DSLR. Peserta telah didedahkan dengan kaedah penggunaan 'Aperture', 'shutter speed', ISO serta beberapa beberapa fungsi asas yang lain. Kursus sebegini telah memberikan pengalaman baru kepada pengguna-pengguna kamera DSLR walau bagaimanapun adalah dicadangkan supaya satu sesi lain diadakan terutama diluar dewan, supaya peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan masing-masing.