Kursus Keselamatan Perlindungan dari PKPKK

Ipoh, 21 Oktober 2013. Satu kursus keselamatan perlindungan dokumen, fizikal dan peribadi telah berjaya diadakan di bilik Kasiterit, blok Zamrud BPT. Ahli kursus disertai dari pelbagai jawatan untuk memahami keperluan keselamatan dan prosedur yang perlu dan mesti diambil ketika mengendali, merekod, menyimpan, mengelas dan mengelas semula maklumat berperingkat.

Terdapat tiga modul yang disampaikan oleh dua penceramah jemputan.

Sesi Pagi:
Ceramah telah disampaikan oleh En Azizol Rahman b Yon (Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Perak) dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. Beliau telah menerangkan berkenaan topik Keselamatan Perlindungan bagi Pengurusan Fizikal (modul 1) dan Pengurusan Dokumen (modul 2).

Sesi Petang:
Ceramah telah disampaikan oleh En Mohd Nawawi b Deris (pegawai) dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. Beliau telah menerangkan berkenaan topik Pengurusan Keselamatan Peribadi (modul 3).