Lawatan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Mineral Dr. Xavier Jayakumar Ke Muzium Geologi

Lawatan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Mineral Dr. Xavier Jayakumar Ke Muzium Geologi

IPOH, 20 September 2018:  Pada hari ini Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah menerima kunjungan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS), Dr. Xavier Jayakumar ke Muzium Geologi. Kedatangan beliau telah disambut oleh Ketua Pengarah JMG, Dato' Hj. Shahar Afendi Abdullah Azizi, Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah dan Pegawai-pegawai kanan jabatan.

Beliau sempat melihat sejarah JMG, fosil, koleksi batuan dan mineral, produk-produk berasaskan mineral, serta penerangan berkaitan fungsi-fungsi setiap cawangan yang ada di jabatan ini.

Sebelum dari itu, beliau telah membuat kunjungan ke Pejabat Menteri Besar Perak dan akan melawat beberapa buah jabatan lagi di bawah kementerian ini.

Lanjutan dari lawatan Menteri KATS, Pengarah JMG telah membuat lawatan sekitar Cawangan Perkhidmatan Makmal untuk melihat sendiri kemudahan analisis terkini di makmal. Beliau telah dibawa oleh Timbalan Pengarah Makmal, En. Ismail Hanuar dan diiringi beberapa pegawai kanan jabatan ke makmal analisis serta makmal instrumentasi. Beliau sempat diberi taklimat mengenai analisis Rare Earth Element (REE) menggunakan Laser Ablation ICP-MS oleh En. Mohd Zahar Ibrahim dan analisis organik dengan Gas Chromatography Mass Spectra oleh Dr. Pauline Dusyanthi.