Lawatan Kerja TKSU Sumber Asli ke Ibu Pejabat JMG

Lawatan Kerja TKSU Sumber Asli ke Ibu Pejabat JMG

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Ke Ibu Pejabat JMG telah diadakan pada 7 Disember 2017. Kehadiran warga JMG adalah seramai 60 orang dan perjumpaan bersama TKSU telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nilam, Lantai 22, Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah JMG memberi ucapan alu – aluan kepada YBhg. Dato’ TKSU kerana kesudian beliau untuk melawat JMG. YBrs. KP juga memberi penerangan mengenai latar belakang dan sejarah JMG Ibu Pejabat yang telah berada di Menara TH selama 31 tahun semenjak 1986. YBrs. KP juga menyatakan bahawa terdapat pergerakan keluar dan masuk ke JMG Ibu Pejabat. Beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang berkenaan. Beliau juga ada menyentuh mengenai pengisian kekosongan di dalam perjawatan dan juga pengukuhan struktur perjawatan JMG.

JMG mempunyai peranan semakin mencabar dan perlu relevan kepada perkembangan semasa. JMG perlu meletakkan peranan dan tanggungjawab setaraf dengan perkembangan negara dan dunia. JMG juga perlu menjadi ‘Subject Matter Expert’ (SME) di dalam bidang – bidang mineral dan geosains supaya jabatan menjadi pakar rujukan di dalam bidang tersebut.

YBhg. Dato’TKSU mengucapkan tahniah kepada JMG kerana telah berjaya meraih taraf 5 bintang di website portal. JMG adalah salah satu dari 3 Jabatan di bawah NRE yang berjaya mendapat 5 bintang.

Di antara kejayaan – kejayaan JMG ada melaksanakan MoU – MoU dengan Petronas dan universiti – universiti tempatan, mencapai anugerah – anugerah inovasi dan menganjurkan persidangan – persidangan bertaraf antarabangsa. YBhg. Dato’ TKSU berharap kecemerlangan ini terus dikekalkan dan memartabatkan Jabatan di taraf antarabangsa.

JMG juga mempunyai rekod kewangan yang baik dan penambahan bajet di tahun 2018 merupakan cabaran kepada JMG untuk mengekalkan kecemerlangan Jabatan.

YBhg. Dato’ TKSU telah menyampaikan pesanan Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, di mana semua penjawat awam hendaklah setia kepada kerajaan semasa (Government of the Day). Semua penjawat awam perlu memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Government of the Day. Penjawat awam juga diingatkan supaya tidak melakukan aktiviti – aktiviti yang akan memberikan impak persepsi negatif oleh masyarakat.

YBhg. Dato’ TKSU menyatakan kerajaan amat mengalakkan langkah untuk merakyatkan perkhidmatan awam. Kenaikan pangkat gred baru iaitu gred 40 perlu dilaksanakan kepada semua Jabatan – Jabatan. Kenaikan pangkat berdasarkan masa (time – base) juga perlu dilaksanakan di Jabatan – Jabatan di bawah NRE. Kenaikan pangkat melalui Subject Matter Expert juga perlu dilaksanakan untuk individu – individu di dalam Jabatan yang pakar di dalam bidang kepakaran masing – masing.

YBhg. Dato’ TKSU menegaskan bawah kerja berpasukan adalah penting untuk kejayaan sesuatu Jabatan. Semua masalah dalaman perlu dibincangkan bersama Ketua Pengarah dan jika perlu ia boleh dibawa ke peringkat Kementerian.

YBhg. Dato’ mengakhiri ucapan dengan harapan agar JMG cemerlang di dalam dan di luar negara. Dengan menjelang tahun 2018, JMG akan bermula di tempat baru, era baru, pasukan baru dan juga visi dan misi yang baru.

Setelah selesai dengan jamuan ringan, YBhg. Dato’ TKSU melawat sekitar pejabat yang juga di dalam proses perpindahan ke Putrajaya. Satu sesi fotografi di hadapan Menara TH telah dijalankan sebelum YBhg. Dato’ TKSU berangkat pulang.