KUNJUNGAN HORMAT OLEH CHENGDU CENTER, CHINA GEOLOGICAL SURVEY KE JMG DAN PERBINCANGAN KERJASAMA DUA HALA.

KUNJUNGAN HORMAT OLEH CHENGDU CENTER, CHINA GEOLOGICAL SURVEY KE JMG DAN PERBINCANGAN KERJASAMA DUA HALA.

Kunjungan Hormat oleh Chengdu Center, China Geological Survey ke JMG dan Perbincangan Kerjasama Dua Hala.

Ibu Pejabat JMG telah menerima suatu kunjungan hormat daripada Chengdu Center, China Geological Survey CC-CGS dan suatu sesi perbincangan ke arah kerjasama 2 hala telah dijalankan.

Pihak Pengurusan JMG telah diketuai oleh Y.Brs. P.Geol. En. Abdullah Sulaiman F.I.G.M. , Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) JMG, manakala CC-CGS telah diketuai oleh En. Mou Chuanlong, Timbalan Ketua Pengarah CC-CGS.

Perbincangan menjurus kepada perkongsian data geosains dan perkembangan geosains di negara ASEAN serta serantau. Sesi perbincangan telah dijalankan dengan suasana santai dan kata sepakat ke arah kerjasama lanjut telah dipersetujui.