Parit Sulong, 27 Oktober 2024 – Baru-baru ini, satu Program Promosi Pembangunan Geotapak Permatang Sinklin Parit Sulong telah diadakan di Dewan Dewan Serbaguna Sri Sulong, Batu Pahat, Johor. Majlis telah dihadiri oleh Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar b. Ngatimin dan dirasmikan oleh Puan Puteri binti Ab Rahaman, Ketua Penolong Pegawai Daerah, wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat.
MESYUARAT PEMURNIAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MINGEOGIS @ MyGEMS) - KLUSTER GEOFIZIK DAN GEOLOGI MARIN
MESYUARAT PEMURNIAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MINGEOGIS @ MyGEMS) - KLUSTER GEOFIZIK DAN GEOLOGI MARIN
Mesyuarat ini bertujuan untuk pemurnian Dan pengayaan data Geofizik Dan Geological Marin Di Dalam Sistem MINGEOGIS bagi memastikqn data diselaraskan Dan seragam untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan konsitensi data.
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 2 hingga 5 September 2024 bertempat di Heritage Hotel, Cameron Highlands, Pahang.
SESI PERKONGSIAN TEKNOLOGI: NATIONAL GOVERNMENT BOOTCAMP 2024
SESI PERKONGSIAN TEKNOLOGI: NATIONAL GOVERNMENT BOOTCAMP 2024
Pihak Esri Malaysia Sdn. Bhd. telah mengadakan sesi perkongsian teknologi: National Government Bootcamp 2024 pada 27 Ogos 2024 bertempat di Dash Box Hotel, Cyberjaya, Selangor.
Tujuan utama sesi ini adalah untuk perkongsian pengalaman dan teknologi oleh pihak ESRI dan agensi-agensi Kerajaan yang lain dalam memanfaatkan teknologi geospatial di dalam pengurusan data dan operasi harian.
Pembentangan berkenaan dengan MyGEMS telah diadakan oleh Dr P. Geol. Mohamad bin Abd Manap, Timbalan Pengarah Cawangan Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat JMG
Sesi Kajian Keperluan Pengguna (User Requirements Study) bagi Projek Kerja Baik Pulih di Luar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu
Sesi Kajian Keperluan Pengguna (User Requirements Study) bagi Projek Kerja Baik Pulih di Luar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu
Sesi Kajian Keperluan Pengguna (User Requirements Study) bagi Projek Kerja Baik Pulih di Luar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu dipengerusikan YBhg. Datuk Ketua Pengarah JMG Malaysia telah diadakan dengan jayanya di Raia Hotel & Convention Center Terengganu pada 22 Ogos 2024 diurusetiakan Bina Pragmatik Sdn Bhd. Terima kasih di atas segala input/maklumbalas yang konstruktif yang diterima daripada peserta URS kali ini.
MESYUARAT PEMURNIAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MINGEOGIS @ MYGEMS) - KLUSTER LOMBONG KUARI
MESYUARAT PEMURNIAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MINGEOGIS @ MYGEMS) - KLUSTER LOMBONG KUARI
SEREMBAN, 22 Ogos - Satu Mesyuarat Pemurnian Data Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MINGEOGIS @ MyGEMS) - kluster lombong kuari telah diadakan di Hotel Palm Seremban pada 20-22 ogos 2024. Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkemas dan menyemak data geospatial Lombong dan Kuari di dalam Sistem MyGEMS. Kakitangan JMG dari Unit Lombong dan Kuari dari seluruh Malaysia telah hadir ke mesyuarat ini.