Sijil Penghargaan Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024,

Sijil Penghargaan Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024,
Sijil Penghargaan Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024
 
 
Sempena Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah dianugerahkan Sijil Penghargaan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Majlis ini telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada 7 Mei 2024 (Selasa). Penyerahan sijil telah diterima oleh YBrs. Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah.
 
Majlis apresiasi ini dianjurkan bagi menzahirkan rasa penghargaan dan pengiktirafan di atas komitmen yang ditunjukkan agensi-agensi berkaitan dalam pengurusan bencana negara khususnya ketika tempoh MSL 2023/2024 yang berlaku pada 11 November 2023 hingga 24 Mac 2024 yang lalu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kunjungan Hormat daripada pihak China-ASEAN Geosciences Coorperation Center (CAGCC) dan Guangxi Overseas Mining Association

Kunjungan Hormat daripada pihak China-ASEAN Geosciences Coorperation Center (CAGCC) dan Guangxi Overseas Mining Association

Kunjungan Hormat daripada pihak China-ASEAN Geosciences Coorperation Center (CAGCC) dan Guangxi Overseas Mining Association

PUTRAJAYA, 30 April 2024 - JMG telah menerima kunjungan hormat daripada pihak China-ASEAN Geosciences Coorperation Center (CAGCC) dan Guangxi Overseas Mining Association ke Ibu Pejabat JMG yang diketuai oleh Mr. Wei Qifeng. Kehadiran mereka telah disantuni oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Tn Hj. Kamaruddan Bin Abdullah bersama wakil daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), En. Hasdi Muda dan pegawai-pegawai dari cawangan Ekonomi Mineral JMG serta wakil daripada Malaysian Chamber of Mines (MCOM) yang diwakili oleh En. Muhammad Adzrul Madzlan.
Sinergi ini membincangkan berkaitan perlombongan mineral mampan dan cadangan jalinan kerjasama dengan pihak JMG untuk menaikkan industri mineral negara.

 

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI NRES

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI NRES
💠MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI NRES💠
 
📍 Dewan Alwy, FRIM Kepong
📆 24 April 2024
 
JMG telah turut sama terlibat dalam
sambutan hari raya Aidilfitri NRES pada hari ini.
Sambutan yang amat meriah ini dihadiri oleh semua warga NRES termasuk wakil jabatan dan agensi NRES.
Reruai-reruai pelbagai juadah bertemakan Raya Lestari oleh perbagai jabatan dan agensi di bawah NRES telah menyerikan majlis ini.
Reruai JMG menyediakan pebagai kuih tradisional dan mendapat sambutan yang hangat.
Majlis diserikan dengan kehadiran, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri NRES, YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha NRES, YBhg. Datuk Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG dan juga pengurusan tertinggi NRES serta para tetamu jemputan yang lain.

Sambutan Delegasi PPM yang menang pingat Emas Di Geneva

Sambutan Delegasi PPM yang menang pingat Emas Di Geneva
SEPANG, 24 April - Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli F.I.G.M bersama barisan pengurusan tertinggi JMG, diiringi oleh Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral, YBrs. Dr. Nazwin bt Ahmad telah menyambut ketibaan delegasi PPM-JMG, Dr. Rohaya bt Othman dan Ts. Dr. Emee Marina bt Salleh yang tiba di KLIA pagi ini.
Turut hadir dalam acara sambutan ini ialah para pegawai dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak).
 
Delegasi PPM-JMG telah memenangi satu pingat Emas dan Anugerah Khas Juri di Pameran Rekacipta Antarabangsa Geneva Ke-49 di Palexpo, Geneva, Switzerland yang berlangsung pada 17-21 April yang lalu.

MESYUARAT EDITOR LAPORAN TAHUNAN JMG 2023

MESYUARAT EDITOR LAPORAN TAHUNAN JMG 2023
MESYUARAT EDITOR LAPORAN TAHUNAN JMG 2023
 
Port Dickson, 22 April 2024: Telah diadakan Mesyuarat Editor Laporan Tahunan JMG 2023 bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Mesyuarat berlangsung dari 22 hingga 24 April 2024 dan di pengerusikan oleh Tuan Haji Zulkifli Che Soh.
Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kandungan setiap chapter yang akan dimuatkan di dalam Laporan Tahunan 2023. Seramai 19 pegawai JMG negeri-negeri hadir membentangkan skop tugasan masing-masing.