MESYUARAT ANTARA JMG DAN JICA BAGI MEMBINCANGKAN 'JICA SURVEY MISSION FOR MINING PROJECT IN MALAYSIA'

PUTRAJAYA,
 
11 Disember 2023 – Satu mesyuarat antara JMG dan Japan International Cooperation Agency (JICA) telah diadakan di Ibu Pejabat JMG bagi misi tinjauan JICA untuk projek perlombongan mineral di Malaysia yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG, Tn. Hj. Kamaruddan bin Abdullah. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh SUB BMG NRECC, Pengarah Ekonomi Mineral dan pegawai-pegawai lain dari Cawangan Ekonomi Mineral serta pejabat JMG Negeri. Pihak JICA sangat berminat dan teruja dengan hasil kajian mineral yang telah dijalankan oleh JMG terutamanya melibatkan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE). Diharapkan misi tinjauan ini akan menjadi pemangkin pelaburan dan pertumbuhan industri mineral di Malaysia.