KEJADIAN TANAH RUNTUH DI TAMAN WAWASAN, PUCHONG DAERAH PETALING

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI TAMAN WAWASAN, PUCHONG DAERAH PETALING
KEJADIAN TANAH RUNTUH DI TAMAN WAWASAN, PUCHONG DAERAH PETALING
 
📍Puchong, Selangor
📆 17 Disember 2023
 
YBhg. Datuk P.Geol. Zamri Ramli, Ketua Pengarah JMG bersama YBrs. P.Geol. En. Tuan Rusli Tuan Mohamed, Pengarah JMG Negeri Selangor/W.Persekutuan serta pasukan geologi kejuruteraan JMG Selangor/W.Persekutuan telah berada di lokasi kejadian tanah runtuh pada awal pagi ini.
 
Pasukan JMG telah membuat siasatan tapak di lokasi kejadian bagi meninjau keadaan tapak serta memberi input teknikal kepada Tuan OCPD Puchong, Pegawai Daerah Petaling dan Majlis Bandaraya Subang Jaya berkenaan dengan kestabilan tapak dan langkah-langkah mitigasi yang perlu dilaksanakan dengan segera.
 
Pemerhatian awal menunjukkan tanah runtuh tersebut berdimensi 60m lebar, 50m panjang dan berkedalaman 3m.
Pihak JMG Selangor/W.P. akan terus memantau pergerakan tanah dan memberi input teknikal berkaitan geologi serta berkerjasama dengan pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling dan pihak polis.