LAWATAN KE PROJEK PERINTIS PERLOMBONGAN NON RADIOACTIVE-RARE EARTH ELEMENT (NR-REE), GERIK, PERAK

LAWATAN KE PROJEK PERINTIS PERLOMBONGAN NON RADIOACTIVE-RARE EARTH ELEMENT (NR-REE), GERIK, PERAK
Lawatan ini dihadiri oleh YBrs. Encik Che Kodir bin Baharum, Pengarah Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Kementerian Ekonomi, YBrs. P.Geol. Dr. Abdullah bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah JMG, Pengarah-pengarah dari Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan JMG ke Tapak Lombong Project Perintis Ion-Adsorption Clay REE pertama di Malaysia.
 
MCRE Resources Sdn. Bhd. merupakan operator Lombong NR-REE dan mula beroperasi sejak September 2022 sehingga kini.
Taklimat ringkas berkenaan pengekstrakan lantanida jerapan ion secara larut resap in-situ (In-Situ Leaching) sehingga ke pemprosesan bijih untuk menghasilkan lantanida karbonat sebagai produk akhir telah diberikan dan ditunjukkan di lapangan.