Lawatan Rasmi Delegasi daripada Belanda

Lawatan Rasmi Delegasi daripada Belanda
JMG mengalu-alukan lawatan rasmi delegasi daripada Belanda yang diketuai oleh Pn. Saskia de Smidt, Timbalan Ketua Seksyen Ekonomi Kedutaan Belanda ke Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia yang dipengerusikan oleh En. Yusari bin Basiran, Pengarah Ekonomi Mineral. Pertemuan ini menandakan langkah positif menuju kerjasama yang erat antara dua negara dalam mencapai matlamat kelestarian dan kemajuan industri mineral di Malaysia.
 
Diharapkan lawatan ini menjadi titik permulaan untuk kerjasama yang berterusan, dengan fokus kepada peningkatan teknologi pengekstrakan/perlombongan, pengurusan sumber mineral, dan rehabilitasi. Sinergi antara kedua-dua pihak ini akan membuka pintu kepada pertukaran pengetahuan, teknologi dan kepakaran selain memberi impak positif kepada ekonomi, menjana peluang pekerjaan dan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena global industri mineral.