Lawatan Teknikal ke Lombong Rahman Hydralulic Tin Sdn Bhd (RHT) Klian Intan, Pengkalan Hulu

Lawatan Teknikal ke Lombong Rahman Hydralulic Tin Sdn Bhd (RHT) Klian Intan, Pengkalan Hulu
IPOH, 02 November – Satu program lawatan teknikal ke Lombong Rahman Hydralulic Tin Sdn Bhd (RHT) Klian Intan, Pengkalan Hulu telah dilaksanakan pada 02 November 2023.
 
Lawatan diketuai oleh Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral (CEM) Ibu Pejabat JMG, En. Yusari bin Basiran, serta Ketua Unit Perhubungan Industri CEM, En. Zamzuri bin Ghazalee, En. Abdul Hadi bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Selangor/W.P, Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Perak, En. Mahat Sibon, Penolong Pengarah Kanan JMG Kedah/Perlis/P.P, En. Fakhruddin Afif bin Fauzi, Penolong Pengarah En. Muhammad Azman bin Aseri dan kakitangan JMG Perak. Pihak Pengurusan Rahman Hydraullic Tin Sdn Berhad diketuai oleh Pengurus Besar Kanan, En. Madzlan Zam dan En. Mohammad Nazri Tamby.
 
Sesi perbincangan dan perkongsian maklumat serta meneroka kerjasama bagi pengumpulan baseline data bagi penerokaan sumber mineral strategik baru seperti indium, germanium selain potensi unsur nadir bumi (ree) dari batuan metasedimen yang berasosiasi bijih timah telah dirintis bersama. Semoga peluang dan ruang yang terbuka luas dapat membantu kedua-dua pihak dalam penerokaan sumber mineral baru di masa hadapan.