LAWATAN TEKNIKAL KEMENTERIAN EKONOMI (KE) KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

LAWATAN TEKNIKAL KEMENTERIAN EKONOMI (KE) KE  PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
Satu lawatan teknikal Kementerian Ekonomi (KE) telah diadakan di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) pada hari ini. Delegasi KE diketuai oleh YBrs. En. Che Kodir bin Baharum, Pengarah Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli (BEASSA), Kementerian Ekonomi.
 
Lawatan ini bertujuan memantau aktiviti-aktiviti R&D yang dijalankan di PPM. Di samping itu, ia juga sebagai platform bagi pegawai penyelidik untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada Kementerian dan Ibu Pejabat JMG tentang aktiviti-aktiviti R&D yang telah dan akan dijalankan di PPM.