Majlis Pelancaran Hari Gaya Hidup Hijau Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

Majlis Pelancaran Hari Gaya Hidup Hijau Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Majlis Pelancaran Hari Gaya Hidup Hijau Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
 
📍 Kompleks F, NRES, Putrajaya
📆 12 Januari 2024
 
Pihak JMG yang diwakili oleh En Yusari b. Basiran, Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral, juga menanggung kerja Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) telah menghadiri majlis ini.
Antara acara yang dijalankan ialah sesi advokasi Amalan Gaya Hijau, Demonstrasi Pelupusan E-Waste, Say NO to Plastic Bag (#Reuse2Shop) serta Trash4Protection
Pada sesi lain ketua-ketua jabatan bersama YB Menteri NRES, pihak JMG juga telah mengambil peluang menyampaikan kepada YBM cenderamata iaitu labu sayong kristal hasil buatan Pusat Penyelidikan Mineral JMG, Laporan Tahunan JMG 2022 serta laporan-laporan berkaitan mineral yang baru diterbitkan oleh JMG iaitu:
1) Malaysian Minerals Yearbook (MYB) 2022
2) Directory of Mineral-Based Industries in Malaysia (MBI) 2022
3) Malaysian Mining and Sustainability Report (MMS) 2022
4) Industrial Mineral Production Statistics and Directory of Producers in Malaysia (IMP) 2022
5) Malaysian Mineral Trade Statistics (MINTRADE) 2022