MAJLIS PEMASYHURAN LIPIS SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN YANG DISEMPURNAKAN OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BIL

MAJLIS PEMASYHURAN LIPIS SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN YANG DISEMPURNAKAN OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BIL
MAJLIS PEMASYHURAN LIPIS
SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN YANG DISEMPURNAKAN OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
 
⏰ 18 Januari 2024
📍 Tree Top Walk Taman Negara,
Sungai Relau, Lipis, Pahang
 
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Lipis Sebagai Geopark Kebangsaan.
 
Turut hadir di majlis ini ialah YB. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii; YBhg. Datuk P.Geol. Zamri Ramli, Ketua Pengarah JMG; YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob, para ahli akademik, wakil-wakil dari Geopark-geopark Kebangsaan, para pembesar peringkat persekutuan dan negeri, wakil NGO, wakil masyarakat dan ramai lagi.
 
Dalam majlis berkenaan, Seri Paduka Baginda berkenan mengunjungi reruai pameran beberapa jabatan dan NGO termasuk reruai JMG. Seri Paduka Baginda telah menunjukkan minat terhadap penerangan sampel batuan yang dipamerkan serta penerangan ringkas berkaitan geologi am oleh Ketua Pengarah JMG.
 
Sehingga kini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, NRES (yang dahulunya NRECC dan KeTSA) telah memberikan pengiktirafan Geopark Kebangsaan kepada 11 buah geopark iaitu Jerai di Kedah, Kinta dan Lenggong di Perak, Kinabalu di Sabah, Labuan, Sarawak Delta di Sarawak, Gombak-Hulu Langat di Selangor, Stong di Kelantan, Kenyir di Terengganu, Perlis serta Lipis di Pahang.
 
Sehingga kini juga, dua (2) geopark yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO Global Geopark (UGGp) adalah Langkawi dan Kinabalu.
 
Kawasan Lipis Geopark seluas 5,408 kilometer persegi merupakan Geopark Kebangsaan termuda dan terbesar di Malaysia buat masa ini.
 
JMG adalah merupakan antara agensi teknikal di peringkat persekutuan yang menjadi tunjang kepada perlaksanaan program Geopark Kebangsaan negara.