Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Majlis Penyampaian Surat Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah jayanya diadakan pada 22 Februari 2018 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, NRE, Putrajaya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Datuk Dr. Haji Hamim Bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YBhg Dato' Sri Azizan Bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sektiar.

Selaras dengan konsep "Merakyatkan Perkhidmatan Awam", majlis ini juga bermatlamat sebagai satu kaedah pengiktirafan kepada pegawai yang berjaya dalam urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat serta sebagai dorongan kepada pegawai dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan diri sejajar dengan tugas di gred kenaikan pangkat.