Mesyuarat Pengurusan Maklumat (MPM) 2019

Mesyuarat Pengurusan Maklumat (MPM) 2019

KUCHING, SARAWAK - Mesyuarat Pengurusan Maklumat (MPM) 2019 telah diadakan pada 11 hingga 15 Februari 2019 bertempat di Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak. Mesyuarat utama berkaitan dengan teknologi maklumat ini menghimpunkan Ketua-Ketua Unit Pengurusan Maklumat seluruh JMG dan menjadi medan perbincangan bagi memperkasakan bidang ICT di JMG.

Mesyuarat ini mempunyai 4 mesyuarat utama jawatankuasa iaitu:

  1. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sistem Maklumat Geografi (JTGIS)
  2. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Laman Web (JKTLW)
  3. Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Keselamatan ICT (JKIK ICT)
  4. Mesyuarat Penyelarasan Perpustakaan Jabatan (MPPJ)