Siri V: Program “Expert Deployment Mechanism for Trade and Development (EDM): Sesi Libat Urus Bersama Chief Sustainability Officers (CSOs) dan Non-Governmental Organizations (NGOs) bagi Sektor Perlombongan, Pengkuarian dan Pemprosesan Mineral. [05/08].

Satu sesi libat urus yang diadakan pada 18 Januari 2024 antara JMG dan perunding Rideau Potomac Strategy Group (RPSG) daripada Kanada bersama badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kemampanan dan alam sekitar dalam membincangkan dan berkongsi pandangan serta pengalaman mengenai isu-isu alam sekitar dan biodiversiti, pembangunan dan penyertaan sumber manusia, tanggungjawab sosial dan korporat, serta pelbagai isu lain yang dihadapi oleh sektor ini.
Pandangan dan maklumbalas daripada pihak NGO yang diwakili oleh En. Raja Shazrin Shah bin Raja Ehsan Shah daripada Malaysian Association of Public Advocacy for Nature (MAPAN), Puan Hilary Kung daripada Sahabat Alam Malaysia dan En. Donovan Louis, En. Ng Sean Fong dan Cik Kristy Koh daripada Malaysian Nature Society (MNS) menjadi salah satu fokus penting yang diberikan perhatian selaras dengan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021 – 2030 (Pelan TIM 2021 – 2030) dan komitmen Malaysia mengenai Sustainable Development Goals dan lain-lain di peringkat antarabangsa. Semoga sesi-sesi libat urus seperti ini dapat diperluas dan diperhebat di masa akan datang.