MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 2/2025

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 2/2025
Ipoh, 18 April 2025 - Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Bil. 2/2025 telah diadakan di Dewan Seminar PPM.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti dengan Lagu kebesaran Negeri Perak dan Lagu Perkhidmatan Awam. Bacaan doa telah dipimpin oleh En Muhammad Firdaus bin Pauzi Anuwar, lafaz ikrar oleh En. Aliff Nurfaiz bin Aminuddin dan penaik bendera oleh En.Mohd Zaidi bin Mohd Ramli.
Pengarah Kanan PPM, Yang Berusaha Dr Nazwin binti Ahmad telah menyampaikan ucapan dan pesanan beliau dalam majlis perhimpunan tersebut.
Majlis diteruskan dengan tayangan montaj aktiviti/peristiwa sepanjang mac dan april, dan diikuti dengan tayangan montaj ulang tahun kelahiran kakitangan PPM sepanjang mac dan april.
Majlis disusuli tayangan slot informasi bertajuk "PANDUAN KESELAMATAN BANJIR" dan pengenalan kakitangan baharu PPM serta pelajar yang menjalani Latihan Industri di PPM.
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian Sijil Anugerah Visibiliti Media Sosial JMG Tahun 2024 kepada JK media sosial yang diwakili oleh Pengerusi iaitu Pn Hjh Marlinda Binti Daud yang telah disempurnakan penyampaian anugerah oleh Pengarah Kanan PPM, Dr Nazwin Ahmad.