Taklimat dan lawatan tapak bagi perkhidmatan mencuci dan membersih bangunan pejabat di Pusat Penyelidikan

Taklimat dan lawatan tapak bagi perkhidmatan mencuci dan membersih bangunan pejabat di Pusat Penyelidikan

IPOH, 24 April 2025 - Taklimat dan lawatan tapak bagi perkhidmatan mencuci dan membersih bangunan pejabat di Pusat Penyelidikan Mineral yang sampaikan oleh En. Nelson a/l Nesamuthu (Penolong Jurutera JA5). Sebanyak 56 syarikat menyertai taklimat dan lawatan tapak ini.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 2/2025

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 2/2025
Ipoh, 18 April 2025 - Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Bil. 2/2025 telah diadakan di Dewan Seminar PPM.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti dengan Lagu kebesaran Negeri Perak dan Lagu Perkhidmatan Awam. Bacaan doa telah dipimpin oleh En Muhammad Firdaus bin Pauzi Anuwar, lafaz ikrar oleh En. Aliff Nurfaiz bin Aminuddin dan penaik bendera oleh En.Mohd Zaidi bin Mohd Ramli.
Baca selanjutnya

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀
Selamat bersara dan selamat maju jaya diucapkan kepada Dr Hj Izhar Abadi Bin Ibrahim Rais yang bersara pilihan pada 28 Mac 2025.
Seluruh warga Pusat Penyelidikan Mineral(PPM) mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa, bakti dan ilmu serta pengalaman yang telah diberikan oleh Dr Hj Izhar Abadi, Ketua Cawangan Perlombongan dan Pengkuarian(CTPP) sebagai seorang Pegawai Penyelidik sepanjang 34 tahun dan 5 bulan bertugas di Pusat Penyelidikan Mineral.
Beliau merupakan seorang Pegawai Penyelidik yang amat berilmu dalam bidangnya, sentiasa merendah diri, amat teliti dan fokus dalam tugasan, sentiasa berkerjasama dan berkeperibadian yang amat tinggi.
Terima kasih kami ucapkan di atas khidmat bakti, tunjuk ajar dan kerjasama sepanjang bersama kami di PPM JMG.
Seluruh warga PPM mengucapkan selamat bersara dan semoga Dr Hj Izhar Abadi sentiasa diberikan kesihatan dan kesejahteraan, berada di dalam rahmat Allah S.W.T. di samping keluarga tercinta.

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK 1446H

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK 1446H
IPOH, 21 MAC - Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) melalui Biro Hawa telah menganjurkan satu program memasak bubur lambuk bertempat di Dewan Serbaguna, PPM.
Kira-kira 140 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada ahli KSKPPM termasuk ahli bersekutu, pelajar latihan industri,staf pembersihan dan pengawal keselamatan di PPM.
Diharapkan program ini dapat merapatkan hubungan
silaturahim di antara ahli KSKPPM disamping menyemarakkan semangat kerjasama
serta kerja berpasukan yang harmoni di kalangan ahli KSKPPM.
Β 

Iftar Kubra

Iftar Kubra
IPOH, 13 MAC – Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) hari ini telah mengadakan program β€˜Iftar Kubra’ bertempat di perkarangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Dalam program tersebut, seramai 30 orang anak yatim dan 5 orang pengiring dari Sekolah Latihan Wanita (SELAWA) Ipoh, Perak telah diraikan.
Baca selanjutnya