PROGRAM ‘FREE WORKPLACE BASIC MANDARIN CLASS’ DI BAWAH PROJEK TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) KUNKWAN

kalas bahasa mandarin-vert

Johor Bahru, 22 Februari 2016 – Pusat latihan dan pembelajaran Kun Kwan Sdn. Bhd. telah mengadakan satu program ‘Free Workplace Basic Mandarin Class’  bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor khas untuk mengajar asas-asas dalam Bahasa Mandarin.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mewujudkan kesedaran bagi meningkatkan daya saing dan kesedaran tentang pentingnya mempelajari Bahasa Mandarin. Sesi selama 2 jam ini telah mendorong 16 orang kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor untuk memahami dan mempelajari asas-asas dalam pengunaan Bahasa Mandarin.

Selain itu, Bahasa Mandarin juga dilihat sebagai suatu keperluan di dalam dunia korporat yang mencabar pada waktu ini serta kepentingannya yang mampu meningkatkan daya saing dalam kalangan kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor supaya dapat membuka ruang pembangunan melalui kejayaan ekonomi China yang berkembang pesat hari ini.