Johor Bahru, 06 Februari 2025 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 02/2025 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Nurun Niswa binti Samsol Bari diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Shazwan Zainie bin Jainal dan bacaan ikrar oleh Puan Fausta Angela Jout Anak Vincent. Perutusan Pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.
MAJLIS HI-TEA SEMPENA SAMBUTAN PRA PERSARAAN DR SIA SAY GEE
KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN SUK PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR
Iskandar Puteri, 06 Februari 2025 - Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin bersama dengan Timbalan Pengarah, Dr. Sia Say Gee dan En. Norhazidi Masrom (Ketua Unit Geosains) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Haji Asman Shah bin Abd Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan).telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah. Turut serta ialah Penolong Pegawai Daerah, Puan Noor Nabilah binti Masnawi dan Penolong Jurutera Kanan, En. Mohd Hasrul Fahmee bin Hashim.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 01/2025 JMG JOHOR
Johor Bahru, 13 Januari 2025 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 01/2025 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Fatimah Tuzaharah binti Kamaludeen diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Shazwan Zainie bin Jainal dan bacaan ikrar oleh Puan Marlia binti Bohari. Perutusan Pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.
BENGKEL PENGENALAN GEOLOGI TAPAK PERMATANG SINKLIN PARIT SULONG UNTUK PRODUK PELANCONGAN
Johor Bahru, 26-27 November 2024 – Baru-baru ini, satu bengkel pengenalan geologi tapak permatang sinklin Parit Sulong untuk produk pelancongan telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Bengkel telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan JMG Johor dan dirasmikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.