LAWATAN KE TAPAK PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STRATEGIK DI NEGERI JOHOR

LAWATAN KE TAPAK PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STRATEGIK DI NEGERI JOHOR

Mersing, 03-08 Jun 2024 - Baru-baru ini, JMG Johor telah menganjurkan lawatan ke Tapak Projek Kajian Potensi Mineral Strategik yang tertumpu di kawasan daerah Mersing, Johor. Para peserta terdiri daripada Pegawai Projek MST dan Ahli Projek MST seluruh Malaysia dari negeri Johor, Kedah, Perak dan Sabah. Seramai 20 Orang pegawai dan kakitangan terlibat dalam program tersebut.

Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program berlangsung adalah sesi libat urus dengan Pengurusan Felcra Melikai,  iaitu lawatan tapak dan aktiviti auger dan pengelogan lubang gerimit tanah liat dan kaolin kerjalapangan dan lawatan tapak pasir silika di Jemaluang, Mersing dan sesi libat urus dengan Pengurusan IBZI, lawatan tapak dan aktiviti auger dan pengelogan lubang gerimit pasir silika. Program diteruskan dengan sesi libat urus dengan wakil penduduk Pulau Besar, Mersing, lawatan tapak pasir silika Pulau Besar & taklimat Geotapak Mersing oleh Unit Geosains JMG Johor dan seterusnya ke Pulau Aur dan Pulau Dayang untuk lawatan tapak rejahan Granit di Pulau Dayang.

Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul