PROGRAM MEMBACA SELAMA 10 MINIT

PROGRAM MEMBACA SELAMA 10 MINIT

Johor Bahru, 23 April 2024 - JMG Johor telah menjayakan Program membaca selama 10 minit dengan tema 'Baca dan Bahagia' 'Pembacaan Melestarikan Perpaduan' yang berlangsung pada pukul 11 pagi. Program ini dijalankan serentak di seluruh negara oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Program ini dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

MESYUARAT TEKNIKAL PASCA BANJIR DI TAMAN NEGARA JOHOR (TNJ) ENDAU-ROMPIN

MESYUARAT TEKNIKAL PASCA BANJIR DI TAMAN NEGARA JOHOR (TNJ) ENDAU-ROMPIN

Iskandar Puteri, 19 Mac 2024 - Mesyuarat Teknikal Pasca Banjir di Taman Negara Johor (TNJ) Endau-Rompin telah diadakan di pejabat Perbadanan Taman Negara Johor, Iskandar Puteri. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Taufik b. Bahar Pengarah PBNJ dan dihadiri oleh wakil agensi teknikal seperti JMG, JKR ,UTM, UTHM, Pegawai Daerah Mersing dan Pegawai Daerah Segamat.

Baca selanjutnya

SESI LAWATAN TAPAK DI SEKITAR KAWASAN KAMPUNG PETA, JOHOR DAN TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU - ROMPIN ( PETA )

SESI LAWATAN TAPAK DI SEKITAR KAWASAN KAMPUNG PETA, JOHOR DAN TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU - ROMPIN ( PETA )

Johor Endau-Rompin, Kampung Peta, 06 Mac 2024 - JMG Johor telah membuat satu tinjauan tapak bersama Tok Batin Kampung Peta untuk mengesahkan lokasi pembinaan telaga eksplorasi bagi projek ECER. Pada masa yang sama, JMG juga berkesempatan melihat kesan bencana geologi yang berlaku di kawasan Taman Negara Johor Endau Rompin (Peta). Tinjauan ini dibuat bersama pihak Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ).

Baca selanjutnya

KERJA LAPANGAN HIDROGEOLOGI DI KAWASAN PULAU SIBU DAN PULAU TINGGI , MERSING, JOHOR

KERJA LAPANGAN HIDROGEOLOGI DI KAWASAN PULAU SIBU DAN PULAU TINGGI , MERSING, JOHOR

Pulau Sibu dan Pulau Tinggi, Mersing, 27 - 29 Februari 2024 – Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Johor (JMG) bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Pejabat Kesihatan Daerah Mersing telah menjalankan satu kerja lapangan hidrogeologi di Klinik Kesihatan Pulau Sibu dan Klinik Kesihatan Pulau Tinggi pada 27 hingga 29 Februari 2024 yang lalu.

Baca selanjutnya