MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2023 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2023 JMG JOHOR

Johor Bahru, 27 September 2023 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 9/2023 dan Sambutan Hari Kemerdekaan JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh Pn. Arda Anasha bt. Jamil diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Fadhil b. Ahmad dan bacaan ikrar oleh En. Mohd Faizullah b. Mazlan Kepli. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan pembentangan pelajar latihan industri En. Muhammad Redhuan b. Yusnizam dari Universiti Malaya berkenaan aktiviti di JMG Johor.

Baca selanjutnya

LAWATAN KE LOMBONG HONEST SAM DI CHAAH, JOHOR

LAWATAN KE LOMBONG HONEST SAM DI CHAAH, JOHOR

Chaah, 21 September 2023 - Baru-baru ini, Jawatankuasa Sumber Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan lawatan ke Lombong Honest Sam di Chaah, Johor. Seramai 20 orang ahli JKSM JMG telah terlibat dengan lawatan ini. Ahli terdiri daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral JMG Malaysia, semua Timbalan Pengarah Sumber Mineral Negeri JMG Malaysia dan Ketua-ketua projek Sumber Mineral Negeri JMG Malaysia. Mereka semua telah diberi taklimat dan lawatan mengenai kaedah melombong bawah tanah di sekitar lombong Honest Sam.

MESYUARAT JAWATANKUASA SUMBER MINERAL JMG MALAYSIA BIL 2/2023

MESYUARAT JAWATANKUASA SUMBER MINERAL JMG MALAYSIA BIL 2/2023

Johor Bahru, 19 September 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Mineral JMG Malaysia Bil 2/2023 telah diadakan di Hotel Impiana, Senai Johor Bahru. Mesyuarat telah dihadiri oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral JMG, kesemua Timbalan Pengarah Sumber Mineral Negeri bersekali dengan ketua-ketua projek Sumber Mineral JMG. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan projek-projek dan isu semasa berkaitan aktiviti sumber mineral JMG di setiap negeri.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2023

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2023

Johor Bahru, 20 Ogos 2023 - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 8/2023 JMG Johor dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh En. Muhammad Amirul b. Ma'arof diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Shazwan Zainie b. Jamal dan bacaan ikrar oleh En. Mohd Razman b. Yusop. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan sesi perkenalan kakitangan baru iaitu Cik Nurun Niswa Binti Samsol Bari dan Puan Siti Nur Idyani Binti Yahaya.

Baca selanjutnya