Iskandar Puteri, 02 September 2024 - YBrs. Tuan Haji Noorazhar b. Ngatimin Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor bersama Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari En Hairul bin Mohamed Shaharudin mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Johor, Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali.
PTG yang merupakan agensi penting dalam pengurusan hasil bumi negeri adalah rakan strategik kepada JMG dalam memastikan pengurusan aktiviti perlombongan dan pengkuarian berjalan secara sistematik dan terancang. Dalam pertemuan tersebut, antara yang dibincangkan ialah perlu adanya satu wadah khusus seperti FGD dalam pengurusan industri lombong dan kuari. Ironinya, banyak agensi dan entiti terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung seperti Jabatan Hutan, Jabatan Alam Sekitar, pejabat-pejabat daerah dan tanah serta komuniti setempat apabila kerajaan berkehendak industri ini berjalan secara mapan atau lestari. Justeru, kesepakatan dan keselarasan dalam membuat keputusan amat diperlukan.