Johor Bahru, 03 Mac 2024 – Tuan Pengarah Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin berkesempatan berkunjunghormat ke rakan sejawat Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (En. Taufik bin Bahar) di pejabat beliau di Kota Iskandar. Pertemuan ini turut disertai oleh En Muhammad Syahmi bin Mohamad, Penolong Pengarah Geosains.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 3/2024 JMG JOHOR
MESYUARAT NAIK TARAF SISTEM BEKALAN AIR DI FASILITI KLINIK KESIHATAN
Johor Bahru, 22 Februari 2024 – Mesyuarat Naik Taraf Sistem Bekalan Air di Fasiliti Klinik Kesihatan yang dikenalpasti di Klinik Desa Pulau Tinggi dan Klinik Desa Pulau Sibu, Mersing Johor. Majlis dipengerusikan oleh Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin dan turut serta juga ialah wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia Negeri Johor. Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru JMG Johor.
Sumbangan artikel : FB jmgjohor
KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI JOHOR (StatsMalaysia) DAN JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) NEGERI JOHOR
Johor Bahru, 21 Februari 2024 – StatsMalaysia atau Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi yang bertanggungjawab menyediakan pelbagai maklumat statistik termasuk dalam bidang ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar yang digunakan sebagai input dalam pembentukan pelaksanaan, penilaian dan semakan semula dasar awam negara.
KUNJUNGAN HORMAT TUAN PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT PERHUTANAN NEGERI JOHOR
Kota Iskandar, 20 Februari 2024 – Tuan Pengarah JMG Johor Tuan Haji Noorazhar bi Ngatimin bersama En Norhazidi bin Masrom (Penolong Pengarah Kanan) berkesempatan berkunjung hormat rakan sejawatnya Pengarah Perhutanan Negeri Johor, Dato’ Haji Salim bin Aman di pejabat beliau di Kota Iskandar.