KURSUS e-PEROLEHAN MODUL SEBUTHARGA DAN TENDER

KURSUS e-PEROLEHAN MODUL SEBUTHARGA DAN TENDER

Johor Bahru, 19 Februari 2023 - Kursus e-Perolehan Modul Sebutharga dan Tender kepada Pegawai dan kakitangan JMG Johor bagi tujuan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mengenai proses sebutharga Jabatan menggunakan sistem ePerolehan telah berjaya diadakan bertempat di Bilik Makmal Komputer (Lab A), Menara TH tingkat 11 Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor.

 

Ia telah dianjurkan oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan JMG Johor dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia dan Commerce Dot Com Sdn Bhd. Penceramah untuk kursus berkenaan adalah Pegawai jemputan daripada Commerce Dot Com (CDC). Pengarah JMG Johor Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin telah berbesar hati hadir untuk merasmikan dan menyampaikan cenderamata kepada penceramah diakhir Kursus tersebut.

Written by : asrul