KUNJUNGAN HORMAT TUAN PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT PERHUTANAN NEGERI JOHOR

KUNJUNGAN HORMAT TUAN PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT PERHUTANAN NEGERI JOHOR

Kota Iskandar, 20 Februari 2024 – Tuan Pengarah JMG Johor Tuan Haji Noorazhar bi Ngatimin bersama En Norhazidi bin Masrom (Penolong Pengarah Kanan) berkesempatan berkunjung hormat rakan sejawatnya Pengarah Perhutanan Negeri Johor, Dato’ Haji Salim bin Aman di pejabat beliau di Kota Iskandar.

Sebagai salah satu rakan strategik utama Jabatan, perbincangan berkaitan aktiviti berkaitan mineral dan batuan di kawasan hutan menjadi topik utama dibincangkan. Pastinya dua agensi yang berada dibawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam ini perlu saling bekerjasama dan faham memahami akan fungsi masing-masing dalam memastikan penyampaian Kerajaan dapat dilaksanakan sebaiknya. Turut dibincangkan, pembangunan telaga air tanah di kawasan hutan gambut yang ironinya turut berisiko kebakaran saban tahun apabila El-Nino melanda. Sesungguhnya, dua agensi ini saling lengkap melengkapi dan perlu memerlukan.
 
Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul