PELANCARAN TELAGA AIR BAWAH TANAH JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS JOHOR DI KG GEMBUT, SEDILI, KOTA TINGGI

telaga tiub gembut

Kota Tinggi, 26 Oktober 2016 - Program Pelancaran Sumber Air Bawah Tanah di Kampung Gembut Sedili telah disempurnakan pelancarannya oleh YB ADUN Sedili Tn Hj Rasman bin Hj Ithnain. Hasil kajian oleh Jabatan Mineral dan Geosains Johor menunjukkan bahawa kawasan Kg Gembut mempunyai potensi sumber air bawah tanah yang boleh menampung keperluan air setempat. Turut hadir ialah wakil dari Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ), Syarikat Air Johor (SAJ), Guru Besar SK Kg Gembut, Ketua Kampung Kg Gembut dan kampung-kampung sekitar serta penduduk Kg Gembut.

Baca selanjutnya

PAMERAN AIR BAWAH TANAH SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2016

depan blog

Johor Bahru, 21 Oktober 2016 - JMG Johor telah menyertai pameran sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HSAN) Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan pada 21 dan 22 Oktober 2016 di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Negeri Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor.

Baca selanjutnya

JMG JOHOR KE PROGRAM KEMBARA MAHKOTA JELAJAH KEPULAUAN MERSING 2016

muka depan kembara

Mersing, 22 Ogos 2016 - Program Kembara Mahkota Jelajah Kepulauan Mersing 2016 yang telah diadakan pada 21-22 Ogos 2016 merupakan edisi ketiga Program Kembara Mahkota 2016. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor telah berkenan mencemar duli ke Pulau Tinggi, Pulau Besar, Pulau Tengah dan Pulau Rawa pada hari pertama (Ahad, 21/8/2016) dan ke Pulau Mensirip, Pulau Pemanggil, Pulau Aur dan Pulau Sibu pada hari berikutnya. Tuanku Sultan turut ditemani oleh dua orang puteranya Tunku Panglima Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Tunku Abu Bakar.

Baca selanjutnya

PERASMIAN DAN PENYERAHAN SISTEM RAWATAN AIR TANAH DI KAMPUNG DUKU, PULAU SIBU, MERSING, JOHOR

IMG 7429d-vert

Mersing, 12 Mei 2016 - Telah berlangsung Majlis Perasmian dan Penyerahan Sistem Rawatan Air Tanah di Kampung Duku, Pulau Sibu, Mersing yang disempurnakan oleh YB Datuk Ir Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Antara yang turut serta dalam majlis ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia, Penghulu Mersing, wakil Pegawai Daerah Mersing dan Ketua Kampung Kampung Duku.

Baca selanjutnya