Johor Bahru, 21 Oktober 2016 - JMG Johor telah menyertai pameran sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HSAN) Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan pada 21 dan 22 Oktober 2016 di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Negeri Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor.
Bersempena dengan HSAN 2016 ini, turut diadakan juga program Perhimpunan Rakan Alam Sekitar (RAS) dan pameran oleh agensi-agensi berkaitan.
Penglibatan JMG Johor dalam program ini adalah lanjutan daripada program NBOS pembinaan telaga air bawah tanah bagi projek mengawal kebakaran di kawasan tanah gambut yang sering terbakar. Sejumlah 11 telaga air bawah tanah telah dibina oleh JMG sepanjang tempoh NBOS ini dilaksanakan sehingga 2016.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-johor/2016-11-02-15-58-44#sigProId246f23829d