KURSUS HIDROGEOLOGI (UJIAN PENGEPAMAN) TELAGA AIR BAWAH TANAH DI KAMPUNG GEMBUT, SEDILI, KOTA TINGGI

muka depan blog

Kota Tinggi, 27 Oktober 2016 - Kursus hidrogeologi khusus berkenaan pendedahan kerja-kerja ujian pengepaman telaga air bawah tanah telah diadakan di Kampung Gembut, Sedili, Kota Tinggi untuk kakitangan JMG Johor.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan secara teori dan praktikal mengenai kerja-kerja yang melibatkan pengepaman sumber air bawah tanah yang merupakan salah satu bidang tugas dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak JMG Johor.

Sesi latihan ini telah dijalankan selama 3 hari di Kampung Gembut, Sedili, Kota Tinggi. Ujian pengepaman merupakan langkah penting dalam kajian dan pembangunan telaga air bawah tanah bagi menentukan kecekapan dan keupayaan sebuah telaga air bawah tanah. Kursus dikendalikan oleh pakar hidrogeologi iaitu Encik Ismail C Mohamad. Kursus ini dijalankan dalam dua bahagian iaitu bahagian teori di kelas dan praktikal semasa ujian pengepaman telaga air bawah bawah tanah yang sebenar di tapak telaga JMG Johor di Kampung Gembut. Peserta bukan sahaja telah didedahkan dengan teknik-teknik semasa  pengepaman sumber air bawah tanah yang dilakukan oleh BPT Ipoh malahan turut dapat meihat isu-isu yang timbul dan cara penyelesaian semasa di tapak pengepaman.

Dengan kejayaan kursus ini, diharapkan segala yang dipelajari akan dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dikalangan kakitangan JMG Johor dalam menjalankan kerja.

Written by : asrul