PERASMIAN DAN PENYERAHAN SISTEM RAWATAN AIR TANAH DI KAMPUNG DUKU, PULAU SIBU, MERSING, JOHOR

IMG 7429d-vert

Mersing, 12 Mei 2016 - Telah berlangsung Majlis Perasmian dan Penyerahan Sistem Rawatan Air Tanah di Kampung Duku, Pulau Sibu, Mersing yang disempurnakan oleh YB Datuk Ir Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Antara yang turut serta dalam majlis ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia, Penghulu Mersing, wakil Pegawai Daerah Mersing dan Ketua Kampung Kampung Duku.

IMG 7374c-vert

Foto 1 : Wakil PD Mersing, Pgh JTLM Johor, tuan tanah, Pgh JMG Johor, Ketua Kg, isteri YB, YB Datuk Hamim, Penghulu, KP JMG, wakil resort & KP JTLM.

IMG 7436e-vert

Foto 2 : AJK Sambutan (JMG) bersama-sama tuan tanah, En. Abdul Kadir bin Sheikh Tahir.

Telaga tiub ini telah dibina oleh JMG pada tahun 2007 sebagai alternatif sumber bekalan air bersih di Kampung Duku, Pulau Sibu. Pada awal pembinaan, telaga yang dibina pada kedalaman 65 meter ini hanya membekalkan air kepada tuan tanah, masjid, klinik kesihatan dan pondok polis.

IMG 7226a-vert

Foto 3 : Penyampaian sijil kepada Ketua Kampung Kg. Duku, En. Jamaluddin bin Mohd Ali.

Naik taraf sistem telaga telah dilakukan pada Oktober 2015 dan bekalan air diperluaskan ke sebahagian rumah penduduk. Sistem rawatan juga telah dinaiktaraf dengan memasang sistem pam automatik bagi memastikan paras air dan kualitinya sentiasa terkawal.

IMG 7285b-vert

Foto 4 : Cenderamata dari JMG kepada YB. Timb. Menteri NRE ; Fosil kayu terpetri dari Ulu Tiram, Johor.

Namun bagi memenuhi keperluan penduduk di Kampung Duku ini, naik taraf sistem bekalan diperlukan bagi menampung jumlah penduduk. Kerja-kerja pemantauan juga perlu diteruskan bagi memastikan telaga dan sistemnya sentiasa diselenggara dengan baik.