JMG JOHOR MENYERTAI OPS KEBAKARAN TANAH GAMBUT DI PAYA KOPI, PAGOH, MUAR

muka depan taskforce

Muar, 4 Oktober 2016 - Jabatan menerima panggilan telefon dari Jabatan Alam Sekitar Johor bagi mengaktifkan telaga di Paya Kopi, Pagoh berikutan berlakunya kebakaran tanah gambut di sana.

Lanjutan daripada itu, pada 5 Oktober 2016 sepasukan kakitangan yang diketuai oleh Noorazhar Ngatimin telah bergerak ke Paya Kopi bagi menyertai Operasi Bersepadu Pemadaman Kebakaran Tanah Gambut di sana. Kakitangan yang turut serta ialah Mohd Razman Md Yusop, Mohammad Saufee Sehat, Nik Mohd Fikri Mhd Nor dan Masni Ismail.

6 Oktober 2016; PKTK ditubuhkan secara rasmi dengan diketuai oleh YS Ketua Bomba Muar, manakala sekretariat adalah APM. Operasi dipantau terus dari Bilik Gerakan Bencana Daerah Muar.

Pengaktifan telaga hanya berlangsung selama 3 hari iaitu dari 5 hingga 7 Oktober 2016 sahaja. Sejumlah hampir 100,000gelen air telah dipam dari telaga air tanah. Pengepaman dihentikan disebabkan oleh adanya air permukaan yang mencukupi namun tidak diurus dengan baik. Hasil perbincangan, beberapa empangan sementara dibina dan saliran sekitar kawasan kebakaran dibuat.

Akibat daripada luasnya kawasan yang terbakar dan anggota serta kelengkapan yang kurang, tumpuan operasi lebih kepada mengawal kebakaran melalui pembinaan empangan, saliran dan jalan yang bertindak sebagai fire break.

Sejumlah 15 agensi terlibat dalam operasi ini iaitu Bomba, APM, J-Biotech, Perhutanan, JMG, JAS, JPS, JKR, Pejabat Daerah Muar, Pejabat Tanah Muar, Majlis Perbandaran Muar, Pertanian, Veterinar, Pejabat Kesihatan dan PDRM.

Dalam memantau dan menilai risiko serta tahap kebakaran, dron dan helicopter terpaksa digunakan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh kebakaran yang berlaku.

23 Oktober 2016, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dan operasi ditamatkan.