Mersing, 9 Julai 2017 - JMG Johor telah mengadakan projek usahasama atau NBOS dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Badan Kawal Selia Air Negeri Johor (BAKAJ) dalam mendapatkan sumber bekalan air bersih kepada penduduk di Pulau Pemanggil, Mersing dari sumber air tanah.
Melalui NBOS ini, JMG bertanggungjawab dalam mencari dan membangunkan telaga air tanah dan Kesihatan pula menyediakan bekalan letrik dan sistem perpaipan, manakala pihak BAKAJ menyediakan tangki air.