KUNJUNGAN HORMAT JAWATANKUASA SAINTIFIK 'MERSING GEOPARK' KE PEJABAT EXCO ALAM SEKITAR JOHOR

muka depan jk geopark ke pejabat yb ayob

Kota Iskandar, 4 Oktober 2017 - Jawatankuasa Saintifik 'Mersing Geopark' yang diketuai oleh pengerusinya Dato' Prof. Dr Ibrahim Komoo telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Haji Ayub bin Rahmat.

Kunjungan ini khusus bagi memberikan penjelasan berkenaan cadangan untuk menubuhkan 'Mersing Geopark' dan melantik YB Datuk Haji Ayub sebagai individu yang akan memimpin gagasan ini. 'Mersing Geopark' merupakan sebahagian daripada agenda dalam Dasar Kelestarian Johor yang mula dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada 2016 lalu.

Geopark merupakan suatu konsep pemuliharaan alam yang memastikan pembangunan suatu kawasan dilaksanakan secara lestari. Konsep yang mengajak semua elemen dalam suatu kawasan itu termasuk manusia dan alamnya saling bekerjasama dan berinteraksi.

Jawatankuasa Saintifik Mersing Geopark terdiri daripada penyelidik dari PPL-UKM (Pusat Penyelidikan Langkawi, UKM), Geotropik-UTM (Pusat Geotropik UTM) dan JMG Johor. Mereka yang hadir dalam kunjungan hormat ini ialah Prof Dato' Dr Ibrahim Komoo, Prof Dr Che Aziz Ali dan Prof Dr Norhayati Ahmad dari PPL-UKM dan Prof Dr Edy Tonnizam Mohamad, Prof Dr Rosli Saad dan Nur Suzana Adlizan Jasni dari GEOTROPIK UTM.  Manakala JMG diwakili oleh Noorazhar Ngatimin, Mohd Fauzi Rajimin dan Nur Syahidatul Zubaida Abidah.