PROGRAM TURUN PADANG MENTERI NRE KE JOHOR

muka depan program turun padang menteri NRE 2017

Johor Bahru, 23 Oktober 2017 - Yb Datuk Seri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan Program Turun Padang ke Johor yang khusus untuk lawatan ke Batuan Tengah yang diselaraskan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Peluang bertemu dengan YB Menteri ini menyedarkan bahawa seseorang pegawai perlu tahu apa yang berlaku dan menjadi isu semasa walaupun ia berlaku di luar dari negeri tempat berkhidmat contohnya isu tanah runtuh di Pulau Pinang. Seseorang tetap inginkan penjelasan khusus berkaitan bagaimana prosedur atau SOP atau garis panduan dan peraturan yang dikuatkuasa oleh Jabatan dan ini pastinya berkaitan secara langsung dengan kejadian yang berlaku.

YB Menteri hanya berbual santai dengan agensi-agensi NRE yang hadir dan antara yang dibualkan ialah berkenaan isu-isu sungai khususnya berkenaan kawalan pencemaran. Air adalah nadi kehidupan dan sumbernya perlu dipelihara dengan sebaiknya.