KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT PENGARAH JAKOA JOHOR

muka depan jakoa 2017

Johor Bahru, 8 November 2017 - Berkesempatan mengadakan kunjunghormat ke Pejabat Pengarah JAKOA Negeri Johor telah memberikan tambahan pemahaman kepada Orang Asli dan JAKOA.

Isu bekalan air terawat ke perkampungan Orang Asli masih belum selesai. Walaupun sesetengah daripadanya telah dibina telaga tiub, namun disebabkan oleh kurangnya pemahaman ke atas pembangunan dan pengurusan sebuah telaga air bawah tanah, ia telah mengakibatkan sistem yang dibangunkan gagal berfungsi dengan baik. Malah memberikan perspektif tidak tepat kepada sumber air bawah tanah.

Hasil daripada kunjunghormat ini, Jabatan dengan berbesar hati menawarkan bantuan jika diperlukan dalam menangani isu ini termasuk memberikan maklumat berhubung pembangunan dan pengurusan sumber air bawah tanah.