KUNJUNGAN HORMAT JMG JOHOR KE PERBADANAN TAMAN NEGARA JOHOR

muka depan lawatan ke pejabat taman negara Johor 2017

Kota Iskandar, 13 Disember 2017 - JMG Johor telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor. Delegasi Johor ini dianggotai oleh Noorazhar Ngatimin, Mohd Fauzi Rajimin dan Nur Syahidatul Zubaida Abilah.

Pihak Perbadanan Taman Negara Johor yang diketuai oleh Pengarahnya iaitu En. Norazmi Amir Hamzah telah meraikan delegasi JMG Johor bersama-sama kakitangannya dengan bermesyuarat tetapi santai.

Tujuan utama kunjungan ini dilakukan ialah untuk menyampaikan hasrat JMG Johor untuk mengangkat cadangan penubuhan Geopark Mersing. Hasil perbincangan, pihak Perbadanan Taman Negara Johor amat mengalu-alukan cadangan ini malah menyatakan sokongan serta tiada halangan untuk memasukkan kawasan Perbadanan Taman Negara dalam kawasan Geopark Mersing. Pihak Perbadanan Taman Negara Johor juga bersedia membantu dalam apa jua segi khususnya yang melibatkan kawasan mereka dan kajian berkaitan biodiversiti malah turut mencadangkan kawasan cadangan Geopark Mersing diperluaskan hingga ke Selai sekiranya memenuhi spesifikasi.

Written by : asrul