WATER LEADERS FORUM 2017 DI HOTEL MUTIARA, JOHOR BAHRU

muka depan water forum 2017

Johor Bahru, 2 Oktober 2017 - JMG Johor telah dijemput untuk turut serta dalam program ini yang merupakan salah satu program di bawah ‘Johor Water Forum’. Sebagai agensi persekutuan yang bertanggungjawab dalam isu berkaitan air tanah, JMG akan terus komited membantu khususnya dalam memberi maklumat dan buah fikiran kepada Kerajaan Negeri Johor dalam menguruskan sumber airnya. Sesungguhnya air tanah merupakan sumber air yang perlu digunakan secara konjunktif dan bukan alternatif. JMG Johor telah diwakili oleh Ketua Unit Geosains, Noorazhar bin Ngatimin.

2 Oktober 2017;

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Ir. Haji Hasni Haji Mohammad, Pengerusi Jawatan kuasa Kerja Raya, Pembangunan Desa dan Wilayah Johor yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sambutan ‘Water Leaders Forum 2017’.

Hari pertama dimulai oleh ucaptama oleh YBhg HE Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura yang berkongsi yang berkongsi resipi kejayaan Singapura dalam pengurusan sumber air Singapura.

Seterusnya diikuti dengan perkongsian bersama dengan enam (6) pembentang iaitu;

  1. Datuk Ir. Abdul Kadir bin Mohd Din; Presiden Persatuan Air Malaysia
  2. YBhg En. Fahmi Hidayat; Timbalan Pengarah Hal Ehwal Teknikal, Jasa Tirta 1, Indonesia
  3. Prof. Mooyoung Han; Universiti Nasional Seoul, Korea
  4. Dr. Kotaro Takemura; Japan Water Forum, Jepun
  5. Dr. Zhou Tong; Timbalan Pengurus Besar UES Holding Pte Lmt, Singapura
  6. Datuk Ir. Dr. Azuhan bin Mohamed; Ketua Pengarah NAHRIM, Malaysia

Pembentangan hari pertama tertumpu kepada perkongsian akan kejayaan Singapura, Indonesia, Korea dan Jepun dalam menangani isu air dan pengurusannya. Pembentang dari Malaysia pula membentangkan isu penglibatan NGO dan potensi air tanah di Malaysia.

3 Oktober 2017;

Program pada hari kedua dimulai dengan ucaptama oleh Dato’ Teo Yen Hua, bekas Pegawai Eksekutis SPAN (Malaysia) yang telah membincangkan topik ‘A Decade of Water Industry Reform-Time to Reflect’.

Seterusnya diikuti oleh pembentangan tiga (3) kertas kerja iaitu;

  1. ‘Challenges in Water Supply Industry Reform in Malaysia’ oleh Datuk Ir. Hj. Mohd Khalid bin Nasir, CEO Syarikat Air Melaka Berhad
  2. ‘Ensuring a Win-Win Water Partnership between the State and Federal Entities’ oleh Tan Sri Dato’ Ir. Syed Muhammad Shahabuddin, Akademi Sains Malaysia
  3. ‘Integrated River Basin Management – Time for Stronger Action’ oleh Prof. Dato’ Mazlin bin Mokhtar, UKM

Penutupan rasmi program telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

Kerajaan Negeri juga telah mengangkat secara rasmi ‘Johor Water Forum’ sebagai NGO yang akan membantu kerajaan dalam menangani isu berkaitan air khususnya dalam memberi khidmat nasihat pembangunan.

Written by : asrul