KEMBARA MAHKOTA JOHOR (KMJ) 2017

muka depan kembara mahkota 2017

Johor Bahru, 9 September 2017 - KMJ 2017 telah berlangsung selama empat hari bermula pada 9 September 2017 hingga 12 September 2017. Majlis pelancarannya telah dilangsungkan di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan berakhir di Hutan Bandar, Bandar Putra, Kulai. Namun, JMG tidak turut serta dalam jelajah KMJ 2017 dan hanya terlibat dalam majlis pelancaran dan penutup sahaja.

KMJ merupakan acara istimewa cara Institusi Diraja Johor mendekati rakyat dan Bangsa Johor. Acara yang memecahkan tembok feudal dan memodenkan institusi beraja.

kmj1

Foto 1 : Bersama dengan kenderaan jenis Morgan yang dinaiki oleh TMJ

kmj2

Foto 2 : Bersama dengan Dato' Noh Gadut

kmj3

Foto 3 : Bersama dengan Pengarah JPSM dan PERHILITAN Johor ketika majlis penutup

KMJ 2017 menampilkan Sultan Johor yang memandu kereta beroda tinggi Morgan buatan Britain menjelajah ke seluruh negeri Johor dengan jarak sejauh 808km.