Kota Iskandar, 26 September 2017 - En. Noorazhar Ngatimin telah mewakili JMG Johor menghadiri Mesyuarat ICC ECER Bil. 3/2017 Negeri Johor yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Pejabat Menteri Besar Johor dan dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Johor.
PEMANTAUAN PROJEK JMG-ECER DI KEPULAUAN MERSING
Mersing, 10 Oktober 2017 - Pada tahun 2016 yang lalu, JMG Johor telah dilantik oleh ECERDC sebagai agensi pelaksana bagi skop bekalan air bagi Projek Menaiktaraf Kemudahan Asas dan Utiliti di Kepulauan Mersing yang melibatkan 3 buah pulau iaitu Pulau Aur, Pulau Sibu dan Pulau Besar.
MEMASYARAKATKAN GEOLOGI DI SIREH PARK, ISKANDAR PUTERI
Kota Iskandar, 9 Oktober 2017 - SIREH Park@Iskandar Puteri, sebuah Taman Warisan Semulajadi yang sedang dibangunkan oleh UEM Sunrise Berhad (anak syarikat UEM Group) di Kota Iskandar sebagai pemangkin kepada pembangunan lestari di Iskandar Puteri. Sebuah taman yang mengetengahkan prinsip rekreasi, pendidikan dan saintifik. Nama SIREH yang dipilih atas keunikan tumbuhan tersebut juga membawa singkatan kepada Sustainable, Initiatives, Recreational dan Educational Haven.
NRE MEMPERTAHANKAN PIALA PUSINGAN MNRE – MEWR DALAM SUKAN PERSAHABATAN TAHUNAN KE-30 DENGAN KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN SUMBER AIR SINGAPURA (MEWR)
Singapura, 30 September 2017 – Tiga kakitangan JMG Johor telah dipanggil untuk mewakili NRE dalam sukan persahabatan tahunan ke-30 dengan Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura yang diadakan di Our Tampines Hub (OTH), Singapura.
PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DAN KUNJUNGAN PENYELIA (UKM) KE JMG JOHOR
Johor Bahru, 17 Ogos 2017 - JMG Johor telah menerima seorang pelajar latihan industri dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Muhammad Hairulanwar bin Mohd Hasan.
PROJEK NBOS SUMBER BEKALAN AIR DI FELCRA KG. PAUH, SEGAMAT
Segamat, 14 Ogos 2017 - Kerjasama antara JMG Johor dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor dalam menangani masalah bekalan air bersih di kawasan pedalaman terus kukuh.
THE THREE GORGES DAM
Hubei, China - Pada tanggal 17 hingga 21 Julai 2017, penulis telah berkesempatan mengunjungi Negara Tembok Besar China kerana mewakili JMG Malaysia dalam ‘The Seminar On Geological Coorperation For The Countries On The Maritime Silk Road’ di Wuhan, China.
THE SEMINAR ON GEOLOGICAL COORPERATION FOR THE COUNTRIES ON THE MARITIME SILK ROAD
Wuhan, China - Pada tanggal 17 hingga 21 Julai 2017, penulis bersama dengan pegawai dari JMG Ibu Pejabat iaitu Pn Siti Aminah Abdul Sarif (Ketua Delegasi) dan En Che Ibrahim Mat Saman telah berkesempatan mengunjungi Negara Tembok Besar China kerana mewakili JMG Malaysia dalam ‘The Seminar On Geological Coorperation For The Countries On The Maritime Silk Road’ di Wuhan, China.
PROJEK NBOS SUMBER BEKALAN AIR DI PULAU PEMANGGIL, MERSING
Mersing, 9 Julai 2017 - JMG Johor telah mengadakan projek usahasama atau NBOS dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Badan Kawal Selia Air Negeri Johor (BAKAJ) dalam mendapatkan sumber bekalan air bersih kepada penduduk di Pulau Pemanggil, Mersing dari sumber air tanah.
Melalui NBOS ini, JMG bertanggungjawab dalam mencari dan membangunkan telaga air tanah dan Kesihatan pula menyediakan bekalan letrik dan sistem perpaipan, manakala pihak BAKAJ menyediakan tangki air.
KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR, PENDIDIKAN DAN PENERANGAN NEGERI JOHOR
Johor Bahru, 22 Ogos 2017 - JMG Johor telah membuat kunjungan hormat kepada YB Datuk Haji Ayub bin Rahmat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor di pejabat YB Datuk Exco di Bangunan Dato’ Jaafar Mohammad, Kota Iskandar.