MEMASYARAKATKAN GEOLOGI DI SIREH PARK, ISKANDAR PUTERI

muka depan taman sireh

Kota Iskandar, 9 Oktober 2017 - SIREH Park@Iskandar Puteri, sebuah Taman Warisan Semulajadi yang sedang dibangunkan oleh UEM Sunrise Berhad (anak syarikat UEM Group) di Kota Iskandar sebagai pemangkin kepada pembangunan lestari di Iskandar Puteri. Sebuah taman yang mengetengahkan prinsip rekreasi, pendidikan dan saintifik. Nama SIREH yang dipilih atas keunikan tumbuhan tersebut juga membawa singkatan kepada Sustainable, Initiatives, Recreational dan Educational Haven.

Bertuahnya apabila pihak UEM berminat untuk melibatkan JMG Johor dalam pembangunan ini. Sireh Park@Iskandar Puteri didasari oleh batuan sedimen yang berusia 200 hingga 250 juta tahun. Suatu yang dianggap biasa oleh ahli geologi tetapi pasti sebaliknya kepada masyarakat umum. Singkapan batuan terlipat yang terdapat di taman itu menunjukkan suatu proses geologi pembentukan batuan dan strukturnya. Turut ditemukan ialah serpihan fosil tumbuhan.

Suatu lawatan tapak susulan telah dilakukan pada 9 Oktober 2017 oleh staf JMG Johor iaitu Noorazhar Ngatimin dan Pegawai Projek En. Mohd Fauzi bin Rajimin. Perbincangan berkaitan membangunkan geotapak dan pembinaan telaga air tanah di SIREH Park@Iskandar Puteri antara JMG Johor dengan UEM Sunrise telah diadakan. UEM Sunrise Berhad telah diwakili oleh En. Rusli bin Zainal Abidin (Pengurus Besar), Pn. Haliza bt Ahmad (Pengurus Projek) dan En. Mohd Farhan bin Mohd Mukelas (Eksekutif).

singkapan

Foto 1 : Lapisan batuan sedimen di SIREH Park@Iskandar Puteri berusia 200-250 juta tahun

 

Written by : asrul